“ketika dilahirkan engkau menangis tetapi orang lain ketawa tetapi biarlah ketika meninggalkan dunia ini orang lain menangis dan engkau ketawa”-HAMKA-


May 28, 2005
MUSYRIKEEN @ MUSLIMIN

Amalan Didasari Ilmu Hakiki
Oleh Abu Ibrahim Haniff

Apabila bertahun-tahun membaca "Wa ana minal musyrikeen…"

BERCAKAP tentang ilmu, saya teringat kepada perbualan saya dengan seorang ustaz yang mengajar "Kursus Menghalusi Solat". Dia menceritakan suatu peristiwa apabila pada satu hari dia menyuruh pelajar-pelajar dewasanya membaca doa al-Iftitah (atau Allahu Akbar Kabiran).

Salah seorang daripada pelajarnya yang berusia dalam lingkungan 40an telah membaca di akhir doa tersebut dengan lafaz 'wa ana minal musyrikeen' (dan saya dari golongan orang-orang musyrik) yang sepatutnya 'wa ana minal muslimeen' (dan saya dari golongan orang-orang Islam). Apabila disuruh ulangi bacaannya, kata ustaz tersebut, begitulah lafaz yang dibacanya. Alangkah terkejutnya apabila diberitahu makna doa yang dibacanya. Sekian lama itulah doa yang dibaca di dalam solat lima waktu.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah sikap sesetengah daripada kita terhadap ilmu agama yang telah kita pelajari. Ada di antara kita yang masih lagi mengamalkan apa yang dipelajari semasa kanak-kanak tanpa memeriksa samada ilmu itu perlu diperbaiki atau tidak. Sudahkah kita memeriksa bacaan yang kita baca di dalam solat dengan orang yang berpengetahuan? Atau mungkin ilmu yang sedia ada perlu ditingkatkan? Lebih-lebih lagi mengenai pengetahuan kita dalam ilmu tauhid yang menentukan adakah seorang itu dari kalangan orang yang beriman atau sebaliknya.

Mengenai pengetahuan kita di dalam solat pula, ada di kalangan kita yang bertahun-tahun mengerjakan solat tanpa mengetahui makna atau maksud bacaan-bacaan di dalam solat. Sebagai contoh, berapa ramai yang berdoa Qunut setiap pagi tetapi tidak mengetahui apa yang dipohonnya. Atau bacaan yang mudah seperti bacaan sewaktu rukuk - Subhana rabbiyal azhimi was bihamdihi. Adakah kita mengetahui bacaan yang kita baca?. Tidak pernahkah terlintas di hati kita untuk menghafal makna bacaan apa yang kita baca di dalam solat? Saya yakin bahwa jika kita meluangkan sedikit masa setiap hari untuk menghafal makna bacaan-bacaan di dalam solat, dalam masa seminggu kita boleh menghafal bacaan tersebut sepenuhnya.

Kini tiba masanya untuk kita meningkatkan kualiti ibadat terutamanya solat, berdoa dan sebagainya yang kita sering kerjakan seharian. Sungguh malang orang yang bertahun-tahun berdoa di dalam bahasa Arab tetapi tidak mengetahui apa yang didoakan. Sungguh Allah tidak menerima doa orang yang lalai (atau tidak mengetahui maksud) apa yang didoanya. Kadang kala kita menyerahkan nasib orang yang telah kembali ke rahmatullah di alam barzakh kepada orang lain untuk membacanya tanpa mengetahui apa yang dibacanya. Orang yang telah meninggal dunia berhajatkan kepada doa ahli keluarganya. Tetapi oleh kerana sikap kita yang endah tidak endah dengan ilmu pengetahuan, mungkin hampalah hajat mereka. Berdoalah dengan penuh harapan dan tangisan kepada Allah untuk mereka yang telah meninggalkan kita di dalam bahasa yang kita faham maksudnya.

Alangkah baiknya jika kita beramal dengan amalan yang didasari ilmu yang hakiki. Bukan amalan yang berdasarkan ketidaktahuan atau ketidakpastian. Periksalah dengan ustaz-ustazah atau orang yang berilmu salah betulnya bacaan kita dan buanglah rasa malu yang tidak bertempat untuk bersemuka dengan mereka. Bertekadlah untuk menghafal makna bacaan-bacaan dan doa-doa di dalam solat seluruhnya walaupun sebaris sehari. Ingatlah perkara pertama yang akan diperiksa di hari akhirat adalah kualiti solat yang kita kerjakan. Marilah kita pertingkatkan ilmu dan amalan agama kita agar kehidupan kita selamat di dunia dan akhirat.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Posted at 04:04 pm by nasuha_nurani
Comments (3)  

May 26, 2005
5 perkara A N E H

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

 

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

 

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

 

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

 

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

 

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

 

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

 

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

 

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.


Posted at 03:44 pm by nasuha_nurani
Make a comment  

APABILA MANUSIA DIUJI....

Manusia sering mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Itulah lumrah manusia………..anda, saya dan kita semua.

Tetapi berbahagialah manusia yang diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Tetapi kita hari ini di saat diuji........

Maka ketika hati kita tertanya-tanya “mengapakah Aku yang diuji?” maka ingatlah firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tatkala diri berkata “Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?” Allah berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


Ditika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku depani segala ini” maka Allah telah berfirman untuk mu:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung, seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah telah sedia ada bersamamu .....:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

Dan apabila kau merasakan “AKU DAH TAK MAMPU BERTAHAN LAGI !!!!!”
Maka ingatlah firman Allah.........
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Sesungguhnya..............
" Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

Dan akhir sekali ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua “ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

“ Ya Allah..... jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.”


Posted at 03:42 pm by nasuha_nurani
Make a comment  

May 25, 2005
BALQIS vs SULAIMAN

Balqis
Album : Satu Tekad
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar

Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat
pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat
selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping
hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau
lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada
seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...


Posted at 04:01 pm by nasuha_nurani
Comment (1)  

May 18, 2005
HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang
solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau
sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah
anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau
jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh
ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan
pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.

Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki
yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak
juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa
matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai
ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan
menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta
adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan
dirimu.

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang
juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang
dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

 


Posted at 07:10 am by nasuha_nurani
Make a comment  

May 17, 2005
DUNIA ZAMAN BATU

Assalamualaikum...

Erm..ade gak sahabat2 teman yang perasan blog ni usang jerk kan...ntah bile tuan die nak update ntah.. =D

Erm..Harini waktu kelas CR...teman tertarik dengan satu cerita yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz; dalam die pung pang 2x mengajar bla2 pasal Confucianism...ade lah terselit sebuah ceritera daripada sisipan berita semalam.. berkenaan kisah sadis lagi pelik...

Mulanye ustaz sibuk dok cerite lawatan die ke penjara Kajang... dalam usahanya untuk bg talk kat penghuni tirai besi nih..ceritenyer, dari peringkat umur 19 tahun sampai tue area 60-70 thn (lbh kurang ler) menjadi penghuni jerjak besi ni dengan pelbagai kategori kesalahan....dalam nada sinis tu ustaz bercerite tentang keadaan kat dalam penjara tuh sendiri.....dari tempat tidurnyer kepada to'i'letnyer hinggalah membawa kepada kisah dapur pulak..begitu meriah...ceritenyer..tapi bukan kisah tu yang teman nak kongsi ....cume teman teringat kisah ustaz mase bagi talk yang die x sampai hati nak tengok wajah pesalah2 yang dipenjarakan atas kesalahan merogol anak sendiri ...kire nyer kisah "Haruan Makan Anak".

Kemudian sempat lagi Ustaz menyelitkan hamparan kisah daripada sisipan kecil salah sebuah akhbar .. berkenaan kisah si anak memerangkap si bapa..songsang lah pulak!!!Astaghfirullahala'zim..Dunia dah nak kiamat agaknye. Jadi dalam kebosanan tadi..teman pon merajinkan lah diri untuk mengexplore akhbar2 di Malaysia ni tadi..dan akhirnyer terjumpelah cebisan kisah tersebut... Bukanlah tujuan teman nak mengcopy N paste cerite tu balik kat cni untuk membawa kisah berunsurkan lucah (maafkan teman) atau pun sekadar suke2...Cume teman harap kalian sahabt2 di luar sane dapat merenung kembali .. apa yang telah terjadi dalam zaman globalisasi ni..x perlu tunggu era 2020....sekarang ni pun dah terlalu banyak perkara yang selama ini x terjangkau dalam pundak fikiran kita..tetapi kesudahan episodnyer...Fantasi terpaksa akur jua dengan kemenangan Realiti...Inilah kesudahannya... Apabila anak bangsa kita sibuk dilaungkan erti kemajuan...erti kemodenan..erti duniawi melata... Akhirnyer, inilah imbuhannya....pemikiran mereka dan tindakan mereka turut menjadi "kreatif yang amat".... Adakah kita boleh salahkan agama ??...kerajaan??...ibu bapa??..Jawapannya ada pada kita sendiri... Kitalah yang bertanggungjawab atas diri kita sendiri...Marilah kita sama2 ambil iktibar dan renungan kisah hari ini...moga  menjadi iktibar buat kita semua untuk hari ini, esok dan masa akan datang ...INSYAALLAH


******************************

18 Mei 2005 (UTUSAN MALAYSIA-Bicara Agama)

Rebah, tewas - Digoda anak sendiri

Oleh SYAHRIL A. KADIR


MUJIB (bukan nama sebenar) semakin gusar. Anak gadisnya, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.

Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa Mujib menghentikannya daripada sekolah.

Puas dia menegur dan memarahi anaknya itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerjanya memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.

Menurut mereka, pakaian Julie

ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.

Walaupun jauh di sudut hatinya Mujib tidak mahu mempercayai

kata rakan-rakannya itu, tetapi dia sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.

Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, Mujib mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadisnya itu.

Dia akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.

Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isterinya, Mujib tercium bau wangi.

Ketika itu dia melihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi berpesta.

Setelah ditanya berkali-kali, ak-

hirnya Julie mengaku hendak ke-

luar berjalan-jalan bersama teman lelakinya.

Apalagi mengamuk sakanlah Mujib!

Dimakinya Julie semahu-mahunya.

Nasib baiklah isterinya cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung Mujib.

``Sejak itulah dia memasang dendam terhadap saya,'' kata Mujib kepada penulis.

Menurutnya, selepas insiden itu

perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.

Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.

Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya.

Segan

Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.

Pun begitu Mujib dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu Mujib hanya tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.

Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.

Tiba-tiba Mujib terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.

``Abah, masuk kejap dalam bilik,'' kata Julie.

Mujib yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie.

Alangkah terperanjat Mujib sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuannya itu hanya memakai coli dan seluar ketat berwarna hitam.

Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.

Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.

``Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman saya ketika itu

terlalu lemah, saya tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

``Yang menghairankan saya, sewaktu tengah `bersama' tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang saya sudah jauh terpesong.

``Saya yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian saya. Dalam erti kata lain `kejadian' itu berlaku tidak sampai tiga minit,'' katanya.

Menurut Mujib, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan' yang terhenti itu disambung semula.

Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.

Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.

``Akhirnya baru saya tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan saya, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya.

``Julie yang memang berdendam dengan saya merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.

``Pun begitu saya yang paling bersalah dalam hal ini, saya sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,'' kata Mujib.

Salah

Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan.

Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimanapun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.

Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.

``Saya terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi.

``Saya juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri.

``Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,'' katanya.

Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi Mujib berkata: ``Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai... saya belum memikirkannya tetapi saya tahu lambat laun saya terpaksa juga melepaskannya.''

***************************************


"KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN"



Posted at 12:38 pm by nasuha_nurani
Comments (4)  

May 5, 2005
MIMPI @ REALITI @ FANTASI

Assalamualaikum... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah tepat jam 3.29am, sewaktu sahabat2 teman sedang lena diulit mimpi..teman pula bersengkang mata menghadap blogdrive yang sudah beberapa hari teman tinggalkan... Kesunyian mencengkam suasana malam yang baru berarak pagi.Bagi diri teman, kesunyian malam inilah yang menenangkan jiwa....mengharmonikan damai di hati.... di saat inilah teman merasakan ketenangan untuk pengabdian diri kepada sang pencipta.

Kejadian tengahari semalam menghantui pemikiran teman. Permintaan yang memerlukan penyelesaiannya.. Persoalan yang memerlukan jawapannya.. Permulaan yang memerlukan kesudahannya.. Adakah PENGORBANAN cukup berbaloi untuk semua kekusutan?? Ya Allah, hanya pada-Mu kuserahkan segalanya... walaupun sekadar ilusi  dan bukanlah realiti tapi hakikatnya aku percaya dengan janji-Mu. Jangan kau bolak-balikkan hati Hamba-Mu ini.Moga kau permudahkanlah jalan Hamba-Mu ini. Amin

Entah apa yang teman merapek malam ni. Erm..Mungkin kali ini sekadar jeritan hati. Cume mencari sesuatu yang masih kelam pada pandangan teman. Masih mencari2 jawapan atas segala persoalan yang termendak di benak fikiran teman. Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya yang terbaik buat hamba2-Nya, insyaallah. Wallahu'alam.

SEMAKIN DEKAT BAHTERA DIRI KEPADA ALLAH....
SEMAKIN KUAT RIBUT TAUFAN MELANDA.....
BIAR REBAH JANGAN BERUBAH......
BIAR TERBUANG TERUSKAN BERJUANG!!......
Senyum MUJAHID mencari SYAHID.....
ALLAHUAKBAR!!!
 


Posted at 12:55 pm by nasuha_nurani
Make a comment  

Apr 30, 2005
AL-FatiHaH

Assalamualaikum...cuti yang terhad sebelum sem khas bermula membuatkan teman mengabaikan blogdrive nih. Alhamdulillah, pada 1 Mei 2005 jam 2:46 am waktu ini berkesempatan juga untuk teman menggagahkan diri untuk menulis sesuatu dalam ruangan blog ini.Begitu banyak himpunan cerita, kisah,berita dan macam2 lagi yang ingin teman kongsikan....  

Al-Fatihah buat arwah farashereen bte Ismail yang telah pulang ke rahmatullah pada minggu lepas. Begitu juga marilah sama2kita hadiahkan Al-Fatihah buat bonda kepada Raja Khairita yang telah pulang ke alam barzakh minggu lepas juga.

Buat yang masih hidup, ambillah iktibar ... kematian x akan menanti kita..Ia akan tiba bila2 masa sahaja... BERSEDIAKAH kita untuk MATI??Apakah amalan2 kita di dunia ini cukup untuk bekalan kita di akhirat kelak?? Ingatlah DUNIA hanya sementara...Akhirat kekal ABADI. Tepuk dada..tanyalah IMAN.

12 RabiulAwal 1426H baru sahaja berlalu.Semua tahu ini adalah tarikh kelahiran Nabi junjungan kita semua; Nabi Muhammad S.A.W. dan kini Baginda telah lama meninggalkan kita.. Jika dahulu Baginda meninggalkan kita dengan ISLAM masih subur...Cuba kita tanya kembali pada diri kita, Adakah aku akan meninggalkan dunia ini dengan ISLAM yang semakin dipandang hina dan jelek oleh musuh ISLAM ...malahan orang yang mengaku Islam memandang pelik pada ISLAM itu sendiri ... Kalau sahabat2 pembaca masih mengaku menganuti ISLAM, buatLah sesuatu untuk ISLAM itu sendiri!! (peringatan untuk semua dan diri teman sendiri) sama2 kita muhasabah diri.....

1 MEI 2005...SELAMAT HARI PEKERJA kepada yang akan,sedang dan telah bekerja!! Kepada yang masih belajar..cha yo'!! teruskan usaha anda.....Andalah "Pemuda Tiang Negara , Pemudi Bunga Bangsa". Negara pada masa hadapan adalah di tangan kita semua....PEACE!!

WALLAHUA'LAM..


Posted at 12:19 pm by nasuha_nurani
Make a comment  

Apr 14, 2005
Cinta Nafsu ATAU Cinta RABBANI

Assalamualaikum para sahabat dan sahabiah

Rasenyer terlalu lama teman membiarkan blog ini sepi tanpa berita...maafkan teman...ada urusan yang lebih penting menanti teman di luar sana...Jadi di kesempatan ini...teman ada terbaca blog salah seorang sahabat teman ni...dan tertarik dengan 2 kisah yang sahabat teman paparkan..jadi di sini teman sekadar berkongsi kisah dengan semua sahabat2 teman di luar sana untuk menghayati 2 kisah di bawah ini...semoga kita semua mendapat iktibarnya...insyaallah..

**********************************************************************************

Kisah 1 : Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001.
Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitusibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta ditaman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawamereka dalam keadaan yang sungguh tragik.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengankeadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggungjawab memisahkan antara dua jasad tersebut.

Begitu 'mengharukan'!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tandatangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta 'sejati' yang 'suci' ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah.!


Kisah 2 : Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau.

Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.

Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih begurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas

Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : " Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?" Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : ""Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!"Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.

Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya. Subhanallah!!!

**********************************************************************************

Begitu terkesan sekali di hati teman.Antara cinta Rabbani dan cinta kerana nafsu.... . mengikut pandangan individu, teman sendiri beranggapan terlalu ramai manusia di luar sana lebih mempraktikkan cinta kerana nafsu ini.. Tapi apa yang akan kita pereloh?? Nikmat dunia yang hanya sementara........ Hanya dosa dan kemurkaan Allah semata2.
Moga yang baik itu terus menjadi pegangan kita...dan yang buruk itu kita tinggalkan.....
Semoga kisah di atas menjadi renungan untuk kita....muhasah kembali diri kita.WALLAHUA'LAM


DOA UNTUK KEKASIH

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

P/S : Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan mana cinta Rabbani?


Posted at 09:33 am by nasuha_nurani
Make a comment  

Apr 3, 2005
E.X.A.M...??? gulp..

Assalamualaikum..... SeLamat pagi duniaku...selamat pagi Malaysiaku..selamat pagi rakan2ku...

Harini teman dah dok kat umah kt kampung ni..sementare menanti paper terakhir teman Jumaat ni..hwaa..lps dari kuar dewan untuk paper MIS haritu..sampai la ni, x bukak2 laie pon buku GP "kesayangan" tuh..:(  Erm...risau sangat..tp hihihi...gulp..gulp..nyam..nyam..

Bercakap berkenaan exam....Ada Apa dengan EXAM??..huh..rasenye kebanyakan orang pon akan
tension bile bercakap pasal exam. Mane x nye..mase dh nk dekat exam tule..kene pulun satu buku..kene tdo lewat malam..dan2 mate pon bengkak..pastu, mase time tu jugak le kadang2 masalah2
lain pon datang bertimpa2..Lagila menyerabutkan kepala yang memang dah sedia sarat dengan segala
formula...segala diagram..segala fakta..segala dan segala2nya..

Teman bukan lah sengaje2 bukak persoalan berkenaan exam nih.. Cume di sini persoalan timbul kembali... Wajarkah...Berbaloikah... exam ini diadaptasikan..atau dipraktiskan?? ** alamak...dah
ade PANGGILAN DAPUR pulak...nnt2 kite sambung balik la k...peace!! :D **






Posted at 07:19 pm by nasuha_nurani
Comments (11)  


Next Page




Dee @ Dayana @ @ deq YaN @ daYna @ HaRina @ Pu3Seven @ nasuHa_nuRani

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

" Desakan boleh memberikan kita satu kuasa dan dorongan dengan kekuatan yang luar biasa.Orang yang berjaya ialah mereka yang pernah berada dalam situasi yang terdesak untuk berjaya..Kita akan merasa terdesak untuk berjaya apabila kepentingan itu sangat kita rasai kerna kepuasan itu nanti akan memberi makna yang sangat besar dalam keidupan kita.." wa`Allahulam



‘’ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,’’



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed